Showing posts with label losyen. Show all posts
Showing posts with label losyen. Show all posts

Emma Whitening - Pearl Whitening Body Lotion







Fungsi:

- Memutihkan seluruh badan
- Melembutkan kulit badan
- Boleh disapu di tempat yang gelao seperti bawah lengan & celahan peha dan ketiak
- Mencerahkan kulit sekata
- Melembapkan kulit yang kering
- Memperbaiki struktur kulit yang rosak akibat pancaran matahari

Berat: 180ml

Cara Penggunaan:
1) Selepas badan sapu seluruh badan/bahagian badan yang gelap dengan emma whitening body cream.
2) biarkan selama 10-15 minit
3) kemudian urut selama 30 saat utk penyerapan sempurna

Losyen Sutera Wangi VAsia Online


Selain mencerah dan mengharumkan tangan dan badan,losyen pemutih yang diperkaya dengan ramuan antioksidaan dan antipigmentasi seperti kolagen,glutathione,minyak zaitun,gamat,protein soya dan multivitamin bertindak melembap,mlembut serta melindungi kulit dari cela sinar UV matahari

Khasiat Sutera Wangi V’Asia
melembap,melembut,melicin,menghalus kulit
melindungi kulit dari sinar Uv
membantu meratakan warna kulit
Kandungan Sutera Wangi V’Asia
Mineral Oil
Olive oil
Sea Cucumber
Soy Protein
Jasmine
Milk rice
Vitamin C
Vitamin B

Cara Guna
Sapu dan ratakan Losyen Sutera Wangi pada permukaan kulit serta urut sehingga meresap sepenuhnya sekurangnya 2 kali sehari.
Untuk hasil terbaik amalkan bersama Fair N White atau Soy Collagen Premix

RANGKAIAN PRODUK VASIA ONLINE

Losyen Badan Aura 7 Bunga Dherbs


Losyen Badan Aura 7 Bunga diadun menggunakan 7 jenis bunga-bungaan yang bukan sahaja bertindak sebagai aromaterapi, malah berupaya menjadikan kulit anda tampil lebih cerah, halus dan berseri di samping membantu memberikan kesegaran yang berpanjangan buat tubuh badan anda.

Kebaikan/Khasiat/Kelebihan
1) Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
2) Meningkatkan kecerahan kulit dengan berkesan
3) Mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda
4) Mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata
5) Mengurangkan kesan parut, jeragat, jerawat, bintik-bintik hitam dan regangan
6) Membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
7) Mengecilkan liang pori
8) Membantu meredakan masalah radang
9) Melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV
10) Mengharumkan tubuh badan anda sepanjang hari

Kandungan
Zaitun: Minyak zaitun tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu memelihara keremajaan kulit serta mencegah kerosakan kulit akibat pencemaran mahupun pancaran cahaya matahari. Di samping itu, vitamin E turut berupaya meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka, menjana tisu kulit bagi menjadikan kulit lebih halus dan lembut di samping membantu mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus dan rekahan pada kulit.

Kolagen: Kolagen merupakan sejenis protein yang berkesan untuk mengekalkan keanjalan dan ketegangan sel kulit di samping bertindak membina sel kulit yang lebih sihat. Ia juga berperanan menggalakkan pemulihan luka, mengurangkan kesan kedutan, parut dan garis-garis halus serta melambatkan proses penuaan kulit.

Argan: Minyak yang diesktrak dari biji buah Argan ini kaya dengan vitamin E dan asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Minyak Argan turut membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berminyak, di samping memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Ia juga berperanan sebagai agen antioksida dan membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan.

Likuoris: Tumbuhan ini tinggi kandungan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Di samping berupaya mengatasi masalah kulit dan radang, likuoris juga mampu memudarkan bintik-bintik hitam, parut dan kesan cela serta membantu meningkatkan kecerahan kulit.

Bunga Matahari: Biji bunga matahari tinggi kandungan vitamin A, C, D dan E yang berupaya merawat masalah jerawat, kegatalan dan ekzema di samping melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran mahupun sinaran UV seterusnya melambatkan proses penuaan kulit. Ia juga mampu mengekalkan kelembapan kulit, menanggalkan sel kulit mati, serta menyingkirkan cela pada kulit agar kulit tubuh anda tampil lebih halus dan bermaya.

Bunga Raya: Bunga raya berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit, mengecilkan liang pori, serta membantu meredakan masalah radang. Malah, ia juga bertindak meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit di samping membantu mengatasi masalah jeragat, pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata.

Mawar: Bunga mawar kaya dengan vitamin C yang bersifat antioksidan bagi membantu melambatkan proses penuaan kulit di samping berupaya mengatasi masalah jerawat, eczema dan kerosakan kulit akibat sinaran cahaya matahari. Ia turut berupaya menyegarkan tubuh badan, memelihara kehalusan kulit, mengecilkan liang pori serta menjadikan tona kulit lebih sekata.

Melati (Jasmine): Bunga melati yang sering digunakan dalam rawatan aromaterapi ini juga sarat dengan kebaikan untuk kecantikan kulit. Ia bersifat antiseptik serta berupaya memudarkan kesan parut, mengekalkan kelembapan kulit di samping turut berupaya melindungi kulit daripada kerosakan seterusnya membantu mencegah proses penuaan.

Orkid: Bunga orkid ternyata mengandungi sifat antioksidan yang bertindak melambatkan proses penuaan kulit di samping membantu mengatasi masalah pigmentasi serta mengekalkan kehalusan kulit anda.

Lavender: Selain berperanan penting dalam rawatan aromaterapi, bunga lavender yang bersifat antiseptik dan antiradang ini juga berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat dan eczema, menegangkan kulit serta membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus.

Kenanga: Aroma bunga kenanga yang harum menjadikan bunga ini sering digunakan dalam aromaterapi bagi membantu meredakan tekanan dan memberi keharuman yang berpanjangan. Malah, ia juga berupaya memelihara kelembapan dan kehalusan kulit serta membantu mengatasi masalah kulit yang menjejaskan penampilan.


Cara Penggunaan
1) Sapu dan ratakan pada permukaan kulit badan terutamanya selepas mandi.
2) Gunakan 2-3 kali sehari untuk hasil yang terbaik.

KANDUNGAN 120ml