Showing posts with label Jamu Jelita Stokis. Show all posts
Showing posts with label Jamu Jelita Stokis. Show all posts

KRIM MAHKOTA RAMBUT BERHERBA & KOLAGEN JAMU JELITA




Krim Mahkota Rambut Berherba & Kolagen
Krim Mahkota Rambut Berherba & Kolagen merupakan produk keluaran Jamu Jelita yang menggabungkan kebaikan kolagen bersama sumber botani seperti daun Neel dan biji betik yang kaya dengan kandungan vitamin, mineral dan protein yang tinggi untuk kecantikan rambut. Amalkan setiap hari bagi mendapatkan rambut yang lebih lebat, halus dan bermaya.

KEBAIKAN KRIM MAHKOTA RAMBUT BERHERBA & KOLAGEN

  • Merawat rambut yang bermasalah
  • Memelihara kelembutan dan kecantikan rambut anda
  • Menjadikannya lebih subur dan bermaya
  • Membantu mengatasi masalah rambut gugur
  • Menguatkan rambut dari akarnya
  • Merawat masalah kelemumur dan kegatalan
  • Menyerlahkan warna sebenar rambut
  • Mengatasi dan mengurangkan penampilan uban
  • Mengatasi masalah rambu bercabang
  • Mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala
  • Memelihara kesegaran rambut dan kulit kepala
  • Memulihkan kerosakan rambut akibat pencemaran udara mahupun bahan kimia

KANDUNGAN KRIM MAHKOTA RAMBUT BERHERBA & KOLAGEN

Air: Air bukan sahaja baik untuk kesegaran tubuh serta kecantikan kulit, malah turut berperanan penting untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut anda. Ia bertindak memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala di samping membantu menyihatkan rambut dari akarnya.
Dimethicone: Merupakan sejenis minyak silikon, Dimethicone berupaya menghaluskan rambut dan kulit kepada di samping mengekalkan kelembapan kulit kepala dan rambut anda.
Alkohol Stearyl: Sebatian organik ini merupakan sejenis lemak yang berfungsi sebagai bahan pelembap bagi mengatasi masalah rambut dan kulit kepala yang kering di samping bertindak sebagai bahan pengemulsi bagi melarutkan ramuan di dalam produk ini seterusnya menggalakkan keberkesanannya.
Alkohol Cetyl: Alkohol cetyl terhasil daripada lemak haiwan mahupun sayuran serta bertindak mengawal masalah minyak pada rambut dan kulit kepala di samping membantu mengekalkan kelembapannya.
Paraffinum Liquidum: Selain bertindak melindungi kandungan produk ini daripada kerosakan, sebatian yang terhasil melalui proses penyulingan petroleum ini bukan sahaja baik untuk merawat masalah kulit kering, malah turut berupaya mengekalkan kelembapan dan kelembutan rambut.
Gliserin: Gliserin atau glycerol merupakan sebatian organik yang boleh diperoleh daripada lemak haiwan mahupun sayuran. Ia berfungsi sebagai emolien yang berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut dan kulit kepala.
Alkohol Denat: Alkohol denat bertindak sebagai bahan pelarut di samping membantu mencegah produk ini daripada kerosakan.
Hydroxypropyl Methylcellulose: Sebatian ini merupakan bahan penstabil yang berfungsi menyatukan ramuan di dalam produk ini bagi menggalakkan keberkesanan produk ini.
Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride: Bahan yang diperbuat daripada gam guar atau guaran ini membantu mengatasi masalah rambut kusut di samping memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.
Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara kehalusan rambut dan kulit kepala.
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan termasuklan rambut dan kulit kepala. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut serta kulit kepala. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya melebatkan rambut di samping menjadikannya lebih bermaya dan bersinar.
Panthenol:Panthenol atau lebih dikenali sebagai vitamin B5 sering terkandung di dalam produk penjagaan rambut dan berperanan mengembalikan kelembapan dan mengukuhkan rambut di samping memperbaiki rambut yang rosak, merawat hujung rambut yang bercabang dan menyerikan lagi rambut.
Karamel: Karamel merupakan gula yang dipanaskan serta sering dijadikan produk gula-gula mahupun makanan. Karamel turut membekalkan khasiat untuk rambut, di mana ia berupaya memelihara kehalusan dan kelembapan rambut di samping membantu merapikan rambut yang kusut.
Cetrimonium Klorida: Bahan yang bersifat antiseptik ini berupaya mencegah serangan kuman dan bakteria sekaligus membantu melindungi ramuan di dalam produk ini daripada kerosakan.
Menthol: Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya mengatasi masalah rambut gugur serta memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.
Butyrospermum Parkii (Shea Butter): Ramuan ini merupakan lemak yang diekstrak dari biji pokok Shea yang banyak terdapat di Afrika. Ia tinggi kandungan asid lemak yang berupaya memelihara kelembapan kulit kepala mahupun rambut di samping membantu merawat rambut dan kulit kepala yang rosak akibat pencemaran atau faktor-faktor lain.
Serbuk Arang: Arang bukan sahaja baik untuk gigi dan kulit, malah berupaya membantu anda memiliki rambut yang lebih lebat di samping mampu mengatasi masalah rambut gugur.
Betik (Carica Papaya): Selain baik untuk kecantikan kulit, betik turut kaya dengan nutrien yang berperanan memelihara kelembutan rambut di samping membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan kukuh. Betik juga mampu mengatasi masalah kelemumur dan rambut gugur, serta membantu menyingkirkan kotoran mahupun minyak dengan selamat, di samping menjadikan rambut anda lebih bersinar dan bermaya.
Imidazolidinyl Urea: Imidazolidinyl Urea adalah bahan pengawet yang membantu mencegah serangan bakteria daripada merosakkan ramuan di dalam produk ini.
Daun Neel (Indigofera Tinctoria): Daun neel telah digunakan sejak zaman dahulu sebagai bahan pewarna organik bagi menyerlahkan warna rambut di samping membantu mengatasi masalah rambut gugur. Di samping itu, daun neel juga berupaya mengekalkan kelembapan rambut serta merapikannya agar rambut anda lebih mudah

CARA PENGGUNAAN KRIM MAHKOTA RAMBUT BERHERBA & KOLAGEN

  1.  Sapu dan ratakan pada rambut dan kulit kepala.
  2.  Urut perlahan-lahan selama beberapa minit.
  3.  Bilas sehingga bersih.
  4.  Gunakan 1 hingga 2 kali sehari selepas mandi.
Kandungan 80ml

Jamu Jelita Syampu Hijab FREE Tonik Lebat


Syampu Hijab merupakan formulasi istimewa khusus untuk wanita bertudung. Ia diadun menggunakan Habbatus Sauda dan Argan bersama pelbagai jenis herba semulajadi yang dapat membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.

Percuma Tonik Lebat dengan setiap pek pembelian.
Percuma Tonik Lebat dengan setiap pek pembelian.
Percuma Tonik Lebat dengan setiap pek pembelian.

KEBAIKAN SYAMPU HIJAB

  • Memelihara kelembapan rambut
  • Membantu menguatkan rambut dari akarnya
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Mencegah masalah rambut gugur
  • Mengatasi masalah kelemumur
  • Mengatasi masalah rambut bercabang
  • Mengatasi masalah rambut kering dan kusut
  • Menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada rambut dan kulit kepala
  • Membantu mengatasi masalah uban
  • Mencegah masalah kegatalan pada kulit kepala
  • Mencegah masalah kegatalan dan kulit kepala yang kering
  • Melindungi rambut anda daripada kerosakan
  • Menyerlahkan warna asal rambut
  • Menjadikan rambut anda tampil lebih lembut dan bermaya
  • Memberikan keharuman dan kesegaran yang berpanjangan buat rambut anda

KANDUNGAN SYAMPU HIJAB

Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan, malah mampu mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala. Di samping itu, Habbatus Sauda juga berupaya mengukuhkan rambut dari akarnya serta menggalakkan pertumbuhan rambut bagi mengatasi masalah keguguran rambut.
Argan: Minyak Argan tinggi kandungan antioksidan yang berupaya mengukuhkan rambut dari akarnya serta berupaya menyerap ke dalam folikel rambut bagi menjadikan rambut anda lebih subur dan lebat. Ia juga kaya dengan vitamin E dan Omega-3 yang mampu mengatasi masalah rambut rosak akibat pencemaran dan pancaran ultraviolet (UV) serta mengekalkan kehalusan dan kelembapan rambut sekaligus mengatasi masalah rambut kering dan kusut.
Ginseng: Akar ginseng sering digunakan dalam rawatan tradisional Cina bagi membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Selain itu, ia juga dapat membantu melebatkan rambut seterusnya mengatasi masalah rambut gugur.
Arnica Montana: Arnica Montana merupakan tumbuhan berbunga yang berupaya mengukuhkan rambut dari akarnya sekaligus membantu mencegah masalah rambut gugur. Ia turut berkesan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut, menyingkirkan minyak dan sebum dari kulit kepala, mengatasi masalah kelemumur dan kegatalan serta memelihara kelembutan rambut anda. Malah, ramuan ini juga dapat membantu merawat masalah uban dan rambut bercabang.
Sage (Salvia Officinale): Tumbuhan yang berasal dari Mediterranean ini berupaya menguatkan rambut dari akarnya sekaligus membantu mencegah masalah rambut gugur. Ia juga mampu memberikan nutrisi terhadap folikel rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut, mengatasi masalah rambut kering dan kelemumur serta menyerlahkan warna asal rambut.
Watercress (Nasturtium Officinale): Watercress atau selada air berupaya mengekalkan kelembapan kulit kepala, mengatasi masalah kelemumur dan jangkitan kuman pada kulit kepala, mencegah masalah rambut gugur serta menggalakkan pertumbuhan rambut sekaligus menjadikan rambut anda lebih subur dan bermaya.
Protein Soya: Ramuan ini kaya dengan sumber protein dan asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida, melembap dan menghaluskan rambut anda serta melindungi kerosakan rambut akibat sinaran UV.
Oat Hitam (Avena Strigaso): Oat hitam yang berasal dari Eropah ini berkesan untuk mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut, mencegah masalah kegatalan dan kulit kepala yang kering serta mengatasi masalah kelemumur. Malah, ia juga terbukti mampu menanggalkan kesan minyak, sebum dan kotoran mencegah masalah keguguran serta membantu menggalakkan pertumbuhan rambut.

CARA PENGGUNAAN SYAMPU HIJAB

  1. Basahkan rambut terlebih dahulu.
  2. Ratakan Syampu Hijau pada seluruh rambut.
  3. Biarkan selama 1-2 minit dan bilas sehingga bersih.
  4. Untuk kesan yang maksimum, gunakan bersama Tonik Lebat Jamu Jelita.
Percuma Tonik Lebat dengan setiap pek pembelian.

JAMU JELITA GLOW TREATMENT POWDER ORIGINAL


Glow Treatment Powder merupakan bedak rawatan yang diformulasi khusus untuk membantu mengatasi masalah kulit yang menjejaskan penampilan, memelihara kehalusan kulit wajah serta membantu melindungi kulit anda sinaran UV sekaligus menyerlahkan lagi keanggunan wajah anda.

KEBAIKAN GLOW TREATMENT POWDER

  • Membantu menutup kesan cela pada permukaan kulit wajah
  • Memelihara kehalusan kulit wajah
  • Mengecilkan liang pori
  • Membantu mengatasi masalah jeragat, jerawat, kulit kusam dan berminyak
  • Melindungi kulit daripada sinaran UV
  • Membantu memperbaiki tona kulit agar lebih sekata
  • Menyerlahkan seri wajah anda
  • Mempunyai tekstur yang lebih ringan
  • Menjadikan solekan anda tampil semulajadi

KANDUNGAN GLOW TREATMENT POWDER

Talc: Talc atau talkum yang terhasil daripada batu maifan merupakan bahan mineral yang berupaya menyerap kelembapan di samping mengurangkan masalah kulit yang disebabkan oleh penghasilan peluh yang berlebihan

CARA PENGGUNAAN GLOW TREATMENT POWDER

  1. Selepas membersihkan wajah, sapu dan ratakan Glow Treatment Powder pada seluruh wajah.

Pearl White Fiber Jamu Jelita

HARGA PASARAN RM38.90, PROMOSI DISKAUN 30% DAN KEATAS

FREE SHAKER

PEARL WHITE FIBER JAMU JELITA

Pearl White Fiber merupakan formulasi pelangsingan badan yang kaya dengan nutrien dari sumber semulajadi seperti teh hijau, oat, Garcinia Cambogia, Acai dan Psyllium. Di samping membantu menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan, Pearl White Fiber juga mampu menjadikan kulit anda tampil lebih cerah, muda dan berseri.
Kandungan: 400 gm

KHASIAT PEARL WHITE FIBER JAMU JELITA

  • Membantu mengatasi masalah berat badan berlebihan
  • Menyingkirkan toksin dari tubuh badan
  • Melancarkan proses penghadaman
  • Meningkatkan tahap metabolisme bagi menjana pembakaran lemak dan kalori
  • Menggalakkan rasa kenyang dan membantu mengawal selera makan
  • Mengatasi masalah perut buncit
  • Membentuk tubuh yang lebih ramping dan langsing
  • Meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit
  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Membantu mengatasi kulit yang bermasalah
  • Mengawal paras gula dan kolestrol dalam darah
  • Meningkatkan tahap kecergasan jasmani
  • Menyingkirkan toksin yang menjejaskan tahap kesihatan

KANDUNGAN PEARL WHITE FIBER JAMU JELITA

  • Daun Senna: Daun Senna berfungsi sebagai julap semulajadi di mana ia mampu menyingkirkan toksin serta mengatasi masalah penghadaman dan sembelit, seterusnya membantu anda menurunkan berat badan yang berlebihan.
  • Inulin: Inulin atau polysaccharide merupakan rangkaian serat yang menggalakkan fungsi imunisasi, memelihara sistem kardiovaskular serta meningkatkan penyerapan mineral, zat besi, magnesium, kalsium dan zink ke dalam tubuh. Selain itu, inulin juga bertindak melancarkan proses penghadaman, menentang proses penuaan, membakar kalori serta membantu mengawal selera makan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan yang berlebihan.
  • Blackcurrant: Blackcurrant kaya dengan andungan vitamin C yang berupaya menyingkirkan toksin dan meningkatkan tahap metabolisme seterusnya membantu menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh bagi membantu mengawal dan mengurangkan berat badan. Malah, ia turut berupaya memelihara kelembapan dan keremajaan kulit anda.
  • Tricalcium Phosphate: Tricalcium phosphate merupakan sejenis garam kalsium semulajadi yang terhasil daripada sumber mineral. Ia bertindak membekalkan kandungan kalsium untuk tubuh badan bagi membantu meningkatkan metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh seterusnya mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Acai: Acai bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel. Malah, ia juga mengandungi EFA, sejenis asid lemak yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah. Ia juga tinggi kandungan vitamin C yang bertindak menyingkirkan toksin serta meningkatkan tahap metabolisme bagi membantu menggalakkan pembakaran lemak seterusnya mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Garcinia Cambogia: Garcinia Cambogia mampu menghalang pembinaan lemak di dalam tubuh badan, mengurangkan tahap kolestrol, mengurangkan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya serta memelihara kecantikan kulit anda.
  • Teh Hijau: Teh hijau dihasilkan daripada daun teh jenis Camellia Sinensis serta mampu meningkatkan tahap tenaga serta mengawal paras gula di dalam darah. Selain itu, daun teh yang bersifat antioksidan ini berupaya menghalang sel-sel lemak daripada menyerap glukosa serta dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran kalori dan lemak bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Biji Anggur: Biji anggur kaya dengan antioksidan dan antiradang yang ternyata berkesan untuk memelihara kecantikan dan keremajaan kulit. Malah, ia juga mengandungi enzim pancreatic lipase dan lipoprotein lipase yang mampu mengekang pengambilan kalori dan penyerapan lemak ke dalam tubuh badan sekaligus membantu mengawal berat badan.
  • Oat: Oat kaya dengan serat yang bertindak mengawal paras kolestrol, memelihara kesihatan jantung serta berkesan untuk tujuan penurunan berat badan di mana ia membantu mengawal selera makan dan menggalakkan rasa kenyang. Oat juga tinggi kandungan mangan dan fosforus yang berperanan mengawal paras gula dalam darah, melancarkan proses penghadaman serta membantu meningkatkan penyerapan vitamin ke dalam tubuh badan.
  • Isomaltooligosaccharide: Isomaltooligosaccharide merupakan rangkaian karbohidrat dan serat yang bertindak melancarkan proses penghadaman di samping menyerap kelembapan ke dalam tubuh badan.
  • Dextrose Monohydrate: Selain menambahkan rasa manis di dalam kandungan produk ini, sebatian organik yang turut dipanggil glukosa ini berperanan membekalkan tenaga kepada sel tubuh untuk menggalakkan fungsi sel di samping menstabilkan suhu tubuh dan mencegah proses penuaan kulit.
  • Vitamin C: Vitamin C atau asid askorbik tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyingkirkan toksin dari tubuh badan dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Di samping itu, vitamin C juga mampu meningkatkan metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh seterusnya membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Psyllium: Herba ini tinggi kandungan serat yang bertindak melancarkan proses penghadaman di samping membantu mengawal paras kolestrol bagi memelihara kesihatan jantung. Psyllium juga mampu mengawal selera makan dan meningkatkan tahap metabolisme seterusnya membantu menggalakkan pembakaran lemak bagi menurunkan berat badan yang berlebihan.

CARA PENGAMBILAN PEARL WHITE FIBER JAMU JELITA

  • Bancuh 2 sudu Pearl White Fiber bersama 150 ml air kosong.
  • Goncang shaker atau kacau sehingga larut.
  • Amalkan 15 minit sebelum atau selepas makan tengahari atau malam.